www.smkdabong.com.my

SEJARAH PENUBUHAN

      Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, Kuala Krai telah di tubuhkan pada 1hb Januari 1973 berasaskan peri pentingnya sebuah sekolah menengah wujud di daerah Dabong. Ini memandangkan desakan masyarakat setempat yang merasakan perlunya sebuah sekolah menengah wujud di Dabong bagi menampung bilangan pelajar menengah yang semakin bertambah. Buat permulaanya seramai 110 orang pelajar telah ditempatkan dalam tiga kelas dalam tingkatan satu dan menumpang di Sekolah Kebangsaan Dabong.

       Sekolah ini dibina diatas tanah seluas 4.8 hektar iaitu sebidang tanah kerajaan yang dahulunya digunakan oleh  pejabat tanah.Bagi mentadbir sekolah ini,pihak jabatan pendidikan telah melantik En Abdul Ghafar Yusoff sebagai pengetua yang pertama dan dibantu oleh dua orang Guru Penolong.